Salam w.b.t
4 Julai 2009
Pagi
Ada program pecutan terakhir untuk pelajar Al amin tingkatan 3 dan 5 yang bakal menghadapi PMR dan SPM. Siap ada penceramah jemputan lagi>> Ustaz Hasrizal. Aku join (menyibuk sama) walaupun aku dh umur 20 tahun dan sudah lama tinggalkan SPM. Saja datang,tengok juniors dari jauh.Oh,ada iman dan Makman juga :)

Malam
Teman emak memandu ke Putrajaya lepas maghrib. Kami ikut Duke yang baru siap tu.Akibatnya,kami sesat sampai pusing satu Putrajaya.'Jimat minyak' kata emak :D

Sudah sampai di perbadanan Putrajaya yang letaknya betul-betul di hadapan Istana Keadilan itu,aku terpaku dan terpana.Chantek sungguh bangunan Putrajaya. Aku apa lagi,terus capai Lewis the Lumix,pukul gambar banyak-banyak(gaya macam ada DSLR kononnya)


Masuk dewan yang gemilang itu. Ramai orang.Sana sini aku memerhati.Seorang demi seorang aku amati raut wajah dan pakaian mereka. Haha,majlis perkahwinan yang aku hadiri kali ni bukan calang-calang majlis. Malah,yang duduk satu meja bersama emak dan aku semua datuk dan datin. (Kami orang biasa):D Maka,ia merupakan majlis yang formal dan punya protokol tersendiri.
Emak tahu aku tidak boleh duduk diam dalam majlis formal sebegitu,siap menjeling handbag aku yang berisi sebuah novel Hlovate,sebuah kamera,wallet dan Ryo. Namun,aku mesti jadi budak baik sebab tujuan aku datang ke situ adalah untuk teman emak,jadi kawan emak dan jadi pasangan emak la.
Bosan,kata aku pada emak.
'thia nak pi jalan-jalan la mak,amik gambar' . Tapi tak jadi merayap sebab majlis dah nak mula.
Aku duduk di kerusi beralaskan hiasan kerusi yang cantik dan vogue. Dari situ pun ,aku tak boleh duduk diam lagi. Haha,tanganku aktif dengan kamera di sisi. Zoom sana zoom sini,boleh la dapat gambar yang tak seberapa ni.


Duk aku pukul-pukul gambar dan perhati orang,aku tergelak sendiri. Bukannya apa,hati aku macam kena 'geletek' tengok wanita zaman sekarang yang mengenakan tudung berfesyen terkini.
Aku pandang orang depan aku,gayanya sama.Pandang orang di sebelah,pun sama pesen nya,jengah ke belakang mak aih, sama jugak. Yang lainnya adalah warna dan manik-manik yang berwarna-warni.
Aku tanya emak dalam hati :)
' Pesen tudung apa ni mak? Tak sampai setahun thia tinggalkan Malaysia,dah wujud dah tudung macam ni eh mak? Di mana tudung bawal? di mana tudung Mawi dan Wardina semua mak?'

Lima minit kemudian,kedengaran pengacara majlis mengumumkan ketibaan pengantin perempuan. Beliau merupakan seorang doktor di Hospital Kajang dan merupakan bekas graduan bidang perubatan dari Ireland rupanya. Cantik bertudung litup. Manis
Ahaa,aku suka tengok pengantin.Berseri-seri.

Emak bisik pada aku sesuatu hingga membuat aku tergelak besar.
Emak tanya kenapa aku ketawa.
Aku jawab
'Kalau macam tu,emak je la kawen. Thia tak nak subahat ' :)
p.s: Bila aku iktu teman emak pergi majlis itu dan ini,baru lah aku boleh buka mata luas-luas sikit serta tengok orang sekeliling aku jelas-jelas.Iyalah,sudah hampir 9 bulan aku lihat mereka dari kacamata seorang pelajar yang belajar di negara orang dan kadang-kadang geleng kepala juga.
Kita rajin berjalan ke sana dan ke mari,habiskan duit yang tak seberapa banyak. Tapi jangan lupa memerhati.Bukan setakat perhati struktur bangunan yang cantik-cantik atau pemandangan indah-indah sambil memuji Tuhan. Tapi kita juga perhati telatah dan gelagat orang-orang kita agar kita tahu di mana atau apa-apa yang boleh dibetulkan.
Sebab mereka mungkin tidak tahu. Maka,kita lah berperanan untuk memberitahu mereka bukan?
==================================
'Thia,pakai la make up sikit. Pucat je kak long tengok muka kamu' kata kak long
owhooo,no thank you!!